Isnin, 6 Disember 2010

Bernam Jaya Jamboree 2010

Assalamualaikum.. salam semua.

05122010 Gerbang Bernam Jaya Selangor

BJ Jamboree 2010 merupakan jamboree kedua aku sejak aku dok kat Sabah. Syukur semuanya selesai dengan jayanya.

Seawal 05.30 pagi aku bertolak dari Sungkai ke Bernam Jaya. lebih kurang jam 6.30 pagi sampai di tapak permulaan. Sarapan pagi disediakan oleh pihak penganjur jamboree.

Tepat jam 8.30 pagi.. dengan rasminya peserta-peserta dilepaskan. Niat asal aku hanya untuk ikut suka-suka dan bergambar-gambar saja, tapi macam mana pula aku terasuk untuk berlumba. Sedangkan aku training tak sampai semiggu. Aku betul-betul berlumba hari tu.

10 km pertama merupakan jalan tar, di sini aku tersepit di tengah-tengah peserta. cuba meloloskan diri dengan sikit pengalaman semasa 'bermain' RB dulu. aku cuba mengoda  dua tiga orag riders untuk rafting tapi sia-sia, 2 km depa dah putus nafas. so aku main cucuk saja sapa yang di depan aku.

selepas 10 km pertama bermula pendakian, tapi tak curam memang boleh kayuh sampai puncak la. masa turun bukit aku ambil kesempatan untuk speed, di sini dapatlah potong 5-6 orang lg.

Dulu masa first jamboree, kalau kat check point, bukan main lama aku berhenti minum dan makan, tapi kali ni rasa macam kat pit stop F1 ja, 7-8 saat berhenti ambil penanda dan terus kayuh.. memang lumba la, kononnya nak potong Afendy Rosli bekas pelumba Malaysia ( aku penah traning ngan dia sekitar tahun 2000 dulu).

Di check point terakhir, tinggal lagi 6km nak tamat, aku sempat tangkap 8 orang rider. time ni aku kayuh tak ingat sakit dah, sampai ke garisan penamat. Kesilapan yang aku kesan ialah, aku terperangkap dalam kelompok besar semasa permulaan. kedua, aku terperangkap semasa mendaki bukit pisang, banyak riders tolak basikal tapi di tengah-tengah jalan dan ketiga teperangkap di single track. sorang sangkut semua sangkut.

so tak ada gambar langsung yang aku dapat rakamkan sepanjang laluan jamboree. kebanyaka gambar hanya di permulaan dan di tapak jamboree sahaja. syukurlah aku dapat menamatkan jamboree ini antara 100 terbaik daripada 1000 lebih peyertaan. berikut beberapa gambar yang sempat aku rakamkan..

Menunggu detik 8.30am

mengambil tempat masing-masing

sendiri tangkap gambar, maklum la s/u tak ikut


serang !!!!

kesan peninggalan BJJ10

masih ok lg ni..

bergelimpangan... maklum ler semua dah letih2..

basuh dulu.. RM2 tau bukan free..

majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

semakin ramai yang dah pulang...
Ok kita jumpa lg di jamboree yang lain.. da...