Khamis, 27 Januari 2011

Jerai Jamboree 2011

Jerai Jamboree 2011
Perwaja Gurun Kedh.

Assalamualaikum...

Syukur semuanya selesai dengan selamatnya. 16 Januari 2011 MTB jamboree pertama aku untuk tahun 2011. Walaupun seminggu lebih berlalu, hari ni baru sempat aku coretkan. Bagi aku ini merupakan satu jamboree yang cukup berjaya, baik dari segi pengurusan serta laluannya. bermula dari mengambil goodes hingga lah ke acara penyampaian hadiah.Sebelum ni, aku dah pernah cuba trek ni dengan rakan-rakan dari perwaja dan RCT.

Pagi 16 jan, lebih kurang jam 6.50 pagi aku dah sampai di Perwaja Gurun, ramai yang berkumpul, kelam kabut gak aku parking kereta dan terus ke tapak untuk pelepas. Aku antara peserta yang agak dibelakang sekali semasa pelepasan. Orang lain dah kayuh 1km aku baru 'merangkak-rangkak' dengan basikal.

Penyertaan peserta dalam Jerai Jamboree 1600 orang lebih, cukup ramai. Dari 1600 peserta tu aku dapat menamatkan kayuhan berkedudukan 247 dengan catatan masa 2jam 37 minit. Sasaran awal menjadi 100 terbaik, tapi apakan daya aku tak cukup baik lagi. kena cuba di lain jamboree.. hanya beberapa keping saja gambar yang aku dapat ambil pada hari tu selain ehsan blog rakan-rakan MTB (terima kasih- mintak halal ya). maklum la sorang-sorang.

di depat aku tu mau dekat 800 peserta.

sah mmg kena tinggal aku ni

Dengan penuh harapan

dah di lepaskan.. masih sempat bergambar lagi nie.

Rakan-rakan MTB

  
Menunggu cabutan bertuah.

Wasalam. Jumpa lagi di lain Jamboree. Beriadah dan bersukan demi kesihatan..

Ahad, 2 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum... selamat sore semua..

Syukur Alhamdulillah.. tahun 2010 telah menutup tirainya.. dan 2011 membuka lembaran baru. Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan suka duka perjalanan hidup aku sekeluarga di Sabah. Lima tahun aku berkelanan di bumi Sabah sehinggakan anak sulung aku pun dah macam orang Sabah. Dan tahun 2011 membawa 'cerita' baru perjalanan hidup aku di Tanah Semenjung Malaysia, Kedah tanah tumpah darahku.

Banyak perancangan yang aku atur dalam tahun 2011 ini. Mudah-mudahan segala perancangan akan terlaksana dengan jayanya. Dan aku yakin 2011 akan memberi satu 'peluang' baru dalam dunia MTB yang sudah lama aku tinggalkan.. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua..


Kenagan Di Simpang Mengayau Sabah

Anak perempuan. Adlyn Nur Qisya.