Khamis, 3 Jun 2010

Happy To Ride : Ipoh Jamboree

Assalamualaikum..

HTR : Ipoh Jamboree..

Jumaat 28 May 2010
Dari Sandakan kami tiga beranak 'terbang' ke Kuala Lumpur. Dari KL ke Sungkai Perak. Sebelum tu, ke stesen KTMB KL, ambil basikal yang diposkan dari Singapura. Ditempah khas untuk HTR.

Sabtu 29 May 2010:
Setup basikal dulu sebelum bertolak ke Tambun Ipoh. 1100am bertolak ke Tambun, sepatutnya sejam setengah ja aku mesti sampai. Ni tiga jam baru jumpa tempat yang nak dituju. Sesat entah kemana. First time ke Tambun. Jadi aku buat keputusan untuk bermalam di Tambun ja, kalau balik, takut esok sesat lagi. Support Team aku esok baru sampai. Kedatangan aku memang ditunggu, maklumla peserta tunggal dari Borneo (Sabah).

Ahad 30 May 2010:
Dimaklumkan oleh pihak penganjur, penyertaan HTR kali ini lebih dari 1300 peserta. Target aku bawah nombor 100. Boleh ke tak ni?.. Team aku pun tak sampai lagi, pelepasan pun dah dekat..So tak banyak gambar yang dapat dirakamkan pada pagi itu..

sebilangan besar peserta..

kononnya nak kedepan.. last-last terperosok ke tepi.

support team : dari kiri, Jurugambar, pakar psikologi, pengurus. yang tolong ambil gambar ni, pomen aku.

hidangan pertama: berat mata memandang, berat lagi menyorong basikal

jauhnya... nasib baik aku dalam kalangan orang di depan.

kalau kuat, berkayuh.. kalau letih, menolak ler..

sepasang kaki yang tagap dan kuat..

ramai peserta berhenti disini, cari penyakit.. sape suruh pi mandi kan dah kena simpul biawak...

dah dapat madel, balik lah yer..

ops..ops.. lesen mana bang..

pakar psikologi.. mana lagi ayah aku ni, pancit udah  di jalan ka..

dah dapat madel ni.. target tercapai..

bergambar dengan pengurus.. mesra kan.. isteriku bah ini..

menunggu dengan penuh kesabaran..

tunggu cabutan bertuah

bertuah ka aku hari ni.

staring ni...

ini pun staring...

ini juga...

ha.. ini lagi staring...he..he..

jumpa lagi HTR tahun depan..
Mudah-mudahan tahun depan aku dapat perbaiki lagi rangking.. majulah sukan sambil melancong... jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan