Khamis, 7 Oktober 2010

Kurniaan Dari Ilahi.. Tak Ternilai.

Khamis 07.10.2010 (17:13)

Assalamualaikum... syukur kehadrat Allah S.W.T...

Walaupun aku masih lagi di Sabah dan insyaAllah dalam dua jam lagi aku akan 'terbang' ke KL untuk bertemu dengan isteri tercinta, dan anak-anak tersayang serta kaum keluarga yang dirindui...

Alhamdulillah lebih kurang jam 11.48am tadi , isteriku Puan Noor Hazlin Hassan selamat melahirkan bayi perempuan kami (anak perempuan pertama).. Terkilan juga sebab aku tak dapat menemani isteriku seperti mana aku menemaninya semasa beliau melahirkan anak sulungku dahulu... Apa-apa aku cukup bersyukur kerana kedua-dua ibu dan anak selamat..


Adlyn... (MMS dari isteriku)






1 ulasan:

  1. comeynye adlyn nur qisha...alang je x dpt tgk lg nie....sume org dh tgk adlyn....:-(

    BalasPadam