Rabu, 16 Jun 2010

Gunung Jerai .. kayuh sampai kebas.






Salam semua..

Satu lagi kembara pernah aku lalui daripada beratus kembaraan.. Gurung Jerai, Kayuh Sampai Kebas..
Gurung Jerai (GJ) ni dekat sangat ngan rumah aku, 10 minit joging pun dah sampai kat kaki gunung.. Dah banyak kali aku sampai ke puncak, dengan kereta, motosikal, jalan kaki, tumpang lori semua aku dah pernah, maklum ler aku penah keja kat resort atas sana (dulu-duuuulu) kayuh basikal je belum lagi...

So aku nak test power la..
Berdebar nie..

11 Jun 2010 Jumaat..
07.00 am: aku dah terpacak sorang-sorang kat kaki GJ, mana tau kalau ada  yang nak berkayuh pagi tu. Alhamdulillah, ada dalam 7 orang nak berkayuh pagi tu (lebih daripada tu..), dari Kulim, Alor Setar dan seorang lagi bro dari Gaint Team (kedai kat Teroi).. Aku pun minta tumpang join sekali la ngan geng yang ramai ni, ada gak motivasi kayuh nanti.. Aku pun first time, so risik-risik sikit la berapa lama nak sampai puncak.. Depa ni selalu kayuh (ikut cerita ler), dia kata 3 jam, yang lain kat 2jam setengah..kalau tak besa mau 4 jam..aku dah berpeluh dah, depa selalu naik pun 2-3 jam aku... (lebih 3 jam mau lebam aku nanti). Belasah ja la....

Selamat datang..

08.00 am . Mula berkayuh ler... Perhhh.. sekali depa balun kayuh tinggal aku kat belakang, ni baru mula dah kena tinggal, tak guna gak aku join... layan sorang-sorang ler nampaknya...

hanya pemandangan indah mengubat hati aku ditinggalkan sorang diri

lebih kurang 20 minit aku berkayuh, mula nampak kelibat sorang demi sorang geng tadi.. ada yang berhenti minum, betulkan sana-sini..(cover line, penat kot).. aku pun minta  'limpas' dulu ler.. perjalan masih jauh.. aku nekad mesti ke puncak juga hari ni..

Dah 45 minit kayuh, bro dari team gaint tadi, selamba ja  potong aku, cukup bertenaga betul (maklum ler pelumbakan).. aku layan perasaan sorang-sorang jer lah.. purata kelajuan aku 11km perjam.. (bagi aku dah laju tu).


tudia.. dekat dah...

dah sampai muzium
09.25 am : Sampai sudah aku di kawasan taman rimba (Muzium GJ).. boleh tahan ler 1jam 15 minit.. rehat sekejap.. dan aku sambung kayuh dengan sorang budak Cina ke puncak.. dia ni naik awal lagi dari kaki gunung..
sori ler acai, tak nampak kepala lu, gua tangan ada goyang-goyang..

aku ler ni.., kontrol penat..

nasib baik ko tak buat hal..
Rehat jappp, balun kayuh balik... aku baru nak mula kayuh.. bro gaint team dah turun...laju sekkkk ..lebih kurang jam...

09.50am ; aku sampai di puncak GJ tapi kat  gate Resort ja.. Pegawal kat sana tak bagi masuk ( dia tengok aku lekeh sangat kot).. takpa ler ambil gambar kat luar ja lah.. so catatan Timex aku, 1jam 53 minit (dari kaki GJ - Puncak GJ + pakej rehat ).. 

kat puncak..tapi bukan betul-betul puncak lagi..

bahan bukti..

ingat lekeh ka..wifi tu..

boleh ambik gambar ja..

Aku rehat jap, ambil tenaga.. sambil tunggu geng-geng 'staring' tadi sampai... rasa-rasanya depa kayuh setakat Taman Rimba Ja kot, aku pun ambil keputusan turun .




nak turun dah..
 1030am : Memecut turun.. ni part yang paling best, paling bahaya.. speed aku mau dekat 50-60km/j.. brek pun bau hangit.. ambil lap cecah lutut kiri kanan... mengigit tayar kat jalan...

Aku rasa tak sampai 40 mint aku  kat bawah dah.. bukan bawah gaung.. nu kat kaki gunung ler..

Kat kaki gunung  aku jumpa geng 'staring' tadi dok pekena roti canai.. rupa-rupanya depa tak sampai atas, gastrik... Bro dari Gaint Team tu dah kat bawah masa dia buat 1jam15 minit.. tu kira slow ler.. biasa bawah 1 jam.. aku pun terfikir bila ler aku boleh dapat time macam tu..

Pagi tu aku bertemu dengan seorang persara yang mengembara solo dengan basikal iaitu Haji Ramli dari Semenyeh.. hebat 'beliau' ni... dia kayuh dari Semenyeh ke Padang Besar.. Lama aku berbual ngan dia sama bro gaint team.. syok dengar cerita dia..

aku terserempak dengan dia semasa aku nak pi 'cabar' Cameron Higland..

dah nak balik ke Semenyeh.. selamat maju jaya..caiyok...

Aku plan ngan Haji Ramli ni untuk pusing satu Semenjung kalau ada rezeki, sebelum kami pusing satu Malaysia dan Pusing Satu Dunia... ehwah..... InsyAllah...

Khamis, 3 Jun 2010

Happy To Ride : Ipoh Jamboree

Assalamualaikum..

HTR : Ipoh Jamboree..

Jumaat 28 May 2010
Dari Sandakan kami tiga beranak 'terbang' ke Kuala Lumpur. Dari KL ke Sungkai Perak. Sebelum tu, ke stesen KTMB KL, ambil basikal yang diposkan dari Singapura. Ditempah khas untuk HTR.

Sabtu 29 May 2010:
Setup basikal dulu sebelum bertolak ke Tambun Ipoh. 1100am bertolak ke Tambun, sepatutnya sejam setengah ja aku mesti sampai. Ni tiga jam baru jumpa tempat yang nak dituju. Sesat entah kemana. First time ke Tambun. Jadi aku buat keputusan untuk bermalam di Tambun ja, kalau balik, takut esok sesat lagi. Support Team aku esok baru sampai. Kedatangan aku memang ditunggu, maklumla peserta tunggal dari Borneo (Sabah).

Ahad 30 May 2010:
Dimaklumkan oleh pihak penganjur, penyertaan HTR kali ini lebih dari 1300 peserta. Target aku bawah nombor 100. Boleh ke tak ni?.. Team aku pun tak sampai lagi, pelepasan pun dah dekat..So tak banyak gambar yang dapat dirakamkan pada pagi itu..

sebilangan besar peserta..

kononnya nak kedepan.. last-last terperosok ke tepi.

support team : dari kiri, Jurugambar, pakar psikologi, pengurus. yang tolong ambil gambar ni, pomen aku.

hidangan pertama: berat mata memandang, berat lagi menyorong basikal

jauhnya... nasib baik aku dalam kalangan orang di depan.

kalau kuat, berkayuh.. kalau letih, menolak ler..

sepasang kaki yang tagap dan kuat..

ramai peserta berhenti disini, cari penyakit.. sape suruh pi mandi kan dah kena simpul biawak...

dah dapat madel, balik lah yer..

ops..ops.. lesen mana bang..

pakar psikologi.. mana lagi ayah aku ni, pancit udah  di jalan ka..

dah dapat madel ni.. target tercapai..

bergambar dengan pengurus.. mesra kan.. isteriku bah ini..

menunggu dengan penuh kesabaran..

tunggu cabutan bertuah

bertuah ka aku hari ni.

staring ni...

ini pun staring...

ini juga...

ha.. ini lagi staring...he..he..

jumpa lagi HTR tahun depan..
Mudah-mudahan tahun depan aku dapat perbaiki lagi rangking.. majulah sukan sambil melancong... jumpa lagi...