Isnin, 8 November 2010

Dari Batu Putih Ke Libaran Membiru


Assalamualaikum.. salam semua.

05 November 2010

Seperti yang direncanakan berminggu-minggu maka hari yang ditunggu telah tiba. Satu pengembaraan yang bukan asing bagi aku, kalau tak silap ini merupakan pengembaraan aku yang keempat, menjelajah lautan membiru, lautan Libaran.

0800 am.
Berkumpul di Pengkalan Kampung Batu Putih Sandakan. Menunggu kawan-kawan yang lain. Saudara Emran dan Taiko Amrin (dua beradik) menunggu sejak jam 07.00 pagi lagi. Masa semakin berlalu dan kawan-kawan yang lain sudah sampai antaranya Bro Zul Ronney, Zul Dafi, Man Proton, Habib  Drifter,  Anto Hilux, dan Mat Yeng Sony. Semua ni merupakan 'staring' lautan. 'Pilot' kami kali ni En Wan Kapal Kebal dibantu oleh adik Along Tangan Kipas.

0900 am.
Kapal mula bergerak keluar dari muara sungai menuju ke laut lepas.. Pagi tu agak gerimis, mudah-mudahan cuaca baik sepanjang pengembaraan ini. Semasa perjalanan, Anto Hilux menunjukkan skill menunda yang hebat sehingga berjaya menjinakkan seekor ikan alu-alu berat dalam lingkungan 5 kilogram. Lebih kurang dua jam perjalanan, kami tiba di Gobe, kawasan yang agak menarik untuk melabuhkan pancing di dasarnya. Tapi alunan ombak cukup kuat, ada antara kami terpaksa mengalah. Aku hanya mampu bertahan selama sejam saja sebelum 'pengsan'. Kawan-kawan yang lain sekadar membaringkan diri untuk menghilangkan mabuk laut, aku terus tidur, nyenyak se-nyenyaknya. Barangkali aku keletihan sebab tak cukup tidur semalam kerana meraikan tamatnya PRK Batu Sapi.

1000am (5 Nov) - 0400 am (6 Nov)
Kerana terlalu ramai yang 'pengsan' Wan Kapal Kebal,  mula mengerakkan kapalnya mencari 'tapak' baru untuk berlabuh, mudah-mudahan tidak kuat alunannya. Dari  sinilah kami mula beralih dari satu lubuk ke lubuk yang lain menuai rezeki dari Allah. Walau bagaimanapun cuaca yang tidak seberapa mengizikan membuatkan rezeki agak kurang tidak seperti sebelum ini.

Dari jam 10 malam, ramai yang mula menarik selimut, menunggu kail yang tidak disambar ikan, lebih baik kita menyambar selimut. yang tinggal kami berlima Emran, Habib, Man, Dafi dan aku. Aku hanya mampu bertahan sehingga jam 4 pagi.

0400-0600am
Mengantuk,  tidur dulu bah..ZzZzzZZzzzZZZzz.....................


0600am- 1400 pm..
Lubuk-lubuk yang kami singgah sebelum pulang ke pengkalan antaranya, Kelong rosak , laluan sepanjang libaran dan Pulau.... (aku dah lupa). di perairan pulau inilah, kami berlumba-lumba menaikkan ikan merah, gelama dan 'agohut'. Adik Along Tangan Kipas berjaya menaikkan seekor udang karang. Patut ler dia digelar 'tangan kipas' laju 'mengipas' joran.

1500pm.
Sampai di pengkalan. Antara ikan yang berjaya ditawan; ikan alu-alu, kerapu, merah , agohut,udang karang, tidak ketinggalan ikan otek (ikan duri).. ikan selipar tak dapat..

Sebagai kenang-kenangan beberapa 'shot' gambar yang dapat aku rekodkan untuk pengembaraan kali ini, tak banyak yang dapat dirakamkan, kamera kehabisan kuasa baterinya.. Jumpa lagi di lain Kembara..

inilah rumah kami nanti

adik along 'tangan kipas' pembantu pilot


Mat Yeng dan Man Proton

Kenang-kenangan dengan TT.120.F

Wan Kapal Kebal, Anto Hilux, Bro Zul Ronney (belakang)

Zul Dafi, along, Taiko Amrin, Bro Zul Ronney

Tu dia Bro Zul Ronney.. (sori bro gambar ni ja yg aku ada)

(depan).. Bro Emran n Habib

Pemandangan senja

Pagi 6 Nov.. hujan di Pulau Libaran

Pulau terakhir sebelum kami menamatkan pengembaraan ini

Beralun-alunan ombak

Dah sampai jeti,  kumpul barang cepat nak balik ni..


 
Sekadar kenang-kenangan dengan hasil tangkapan Zul dafi...




 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan