Rabu, 24 November 2010

Dari Satu Daerah Ke Daerah yang Lain

Ada dua orang pengembara  Luriahk dan Rauna  (bukan nama sebenar)  Luriahk  dari sebuah Daerah Monet dan Rauna dari Daerah Tukabmem. Menuju ke sebuah daerah yang sama iaitu Dipulet untuk memulakan kehidupan yang baru. Sesampai sahaja mereka di pintu gerbang Daerah Dipulet, Si Luriahk ‘tertemu’ dengan seorang buta bernama  Gnobmaluk (bukan nama di dalam kad pengenalan) yang meminta sedekah di pintu gerbang daerah itu lalu bertanya..
“wahai pak cik, bagaimanakah keadaan masyarakat di tempat ini dan hubungan mereka dengan pendatang baru?”
Si Buta  “ wahai anakku.. bagaimanakah pula dengan masyarakat  di daerah lama kamu dahulu?”
“Teruk dan busuk sifat masyarakat di daerah lama aku daerah Monet, aku cukup membenci mereka sehinggakan aku terpaksa mengembara mencari daerah baru.” Balas si Luriahk
“Hati-hatilah anakku, kerna masyarakat di daerah ini juga seperti masyarkat di daerah kamu itu, nampaknya anakku, kamu terpaksa mengembara mencari daerah yang lain” Jawab Si Buta dengan kecewa.
Selepas berlalunya Luriahk dengan hampa dan meneruskan kembaranya mencari daerah yang lain, datang pula si Rauna..
 “wahai bapaku ku.. bagaimankah kehidupan masyarakat di daerah ini. Aku pendatang baru di sini bagaimanakah penerima mereka terhadapku?”
“Ya , anakku… sebelum kamu meninggalkan daerahmu dahulu, bagaimakah penerimaan masyarkatmu terhadap pendatang baru dan kehidupan mereka?” Soal balas Si Buta.
“ Syukur.. masyarakatku dahulu  cukup berbesar hati dan baik sekali keatas pendatang baru dan mereka sebuah masrakat yang cukup berbudi.” Jawab Si Rauna.
“Selamat datang anakku, masyarakt di sini cukup berbudi dan baik sekali penerima mereka keatas pengembara baru. Dengan izin Allah indahlah hidupmu di sini.” Balas si Buta.
“ Terima kasih wahai bapakku.”
Hati Rauna cukup gembira dan terus menuju ke ibu kota di daerah Dipulet untuk meneruskan kehidupan barunya itu.

1 ulasan:

  1. apa yang kita nilaikan .. itu lah harga yang perlu kita bayar.

    BalasPadam