Khamis, 4 November 2010

Hijau Di Jalil Alip




Assalamualaikum.. salam sejahtera.

31 Oktober 2010.

Perjalanan yang indah dari US ke Jalil Alip Sandakan.. Perancangan awal nak bermalam di Sepilok Resort tapi 'Full House' hari tu. Disebabkan berlakunya pilihanraya Batu Sapi Sandakan maka hotel-hotel di  Sandakan dan sekitar  15 km dari Sandakan juga penuh,  termasuklah kawasan Sepilok Resort , kawasan Orang Utan yang tak boleh mengundi.

Apa yang menarik di Sepilok dan Jalil Alip. seperti dalam TV, macam-macam ada. Tapi kali ni aku lebih tertumpu pada Jalil Alip. Sipilok lain hari kita berkongsi..

Jalil Alip ( nama tuan yang punya tempat ni) lebih kurang 14 batu dari Sandakan. Orang Sabah mengukur jarak perjalan dalam ukuran batu.  Jalil Alip biasanya menerima tetamu terdiri daripada badan-badan kerajaan dan swasta yang ingin menjalankan program baik motivasi ataupun hari keluarga kerana mereka mempunyai blok asrama yang mampu menampung lebih kurang 200 orang tetamu.. Hari tu hanya kami sembilan orang  sahaja tinggal di dalam dorm yang besar. Tiga orang pelancong dari Jerman dua orang dari Bulgaria dua lagi dari Australia dan sorang lagi aku tak tahu dari mana dan aku dari 'sini'.. Bayaran untuk dorm RM 30.00 seorang dengan sarapan pagi.. bilik RM108.00 sebilik

Banyak yang menarik di Jalil Alip ni. Tak pandai aku nak bercerita, tengokla bebarapa keping gambar yang dapat aku abadikan di sini.. Zasssss....

Selamat datang

Apa itu...? 

Amaran pertama...


kalau tak happy.. kena happy jugak ler


Check in dulu.

Dorm.. mmg semula jadi..kayu berlian lg tu..

aku ambil katil dekat ngan pintu..mana tau ...



bahagian anjung

'pondok semi D' pun ada..

dari atas menara tinggi dalam 20 meter ja.

segar mata memandang

hujung sana nun laut..

atap nipah pun dah hilang, tinggal zink aja

luas dan menarik

kalau rasa kulit tebal dan kebal try ler berjemur..

lagi selesa di sini

atau pun di sini

dari anjung tempat berjemur tadi

hutan dara

kita turun bawah jap apa ada di sana.

tasik..berkayak, bersampan, ber..ber.. kecuali berenang.

kolam mancing..

rusa pun ada.

dah nak malam balik dorm dulu




sikit masa lagi gelap ..

menunggu malam..

pagi 1 nov 2010. nak balik dah ni

jumpa lagi.. paganakan...

Kalau yang berminat akan alam sekitar, aku cadangkan ini tempatnya.. pengangkutan disediakan oleh pihak happy Resort untuk ke Sepilok.. free lagi..

Hari ni 4 Nov dan esok 5 nov aku akan  mengembara ke laut biru luas terbentang. Tunggu.....

Akhir sekali Ku abdikan lagu kadazan dusun ini buat isteri tercinta Hazlin yang jauh beribu batu dariku yang betul-betul memahami jiwaku ini... dan untuk tatapan anda semua.. jumpa lagi..

Puguson ku tobuk nu                    (ku belai rambutmu)
Tilibon dilo ribut                            (bersama tiupan angin)
Ngingis nu di toomis                      (senyuman manis mu)
Poinlangad ginawoku                     (membuatkan hati ku sentiasa merinduimu)

Pinintutunan kito                             (perkenalan kita)
Okon koh pinokianu                       (bukan yang dipinta)
Tahak do minamangun                    (telah menjadi suratan takdir )
Milangad id piupusan                      (saling merindui dalam percintaan)

Sunudai oku                                   (beritahu saya)
Rati do piupusan                             (erti percintaan)
Gompio ti tupus toh                         (kita pelihara percintaan kita)
Poinggirot id ginawo                        (tetap dan utuh dalam hati)
Sorohon noh batos toh                     (ingatilah janji kita)
Mamabang ti piginawaan                  (untuk mengharungi percintaan ini)

Tirak nu koupusan                           (tawamu kekasih)
Poinlangad di kasasari                      (sentiasa dirindui)
Okon tih boros noh                          (bukan sekadar ucapan)
Sumili id ginawo id pointopot            (menjadi ketetapan dalam sanubari)


Jumpa lagi......

2 ulasan:

  1. uits.. sedihnya kawan lama ku ini... ko ada sumandak dusun sudah kah sana Lan? Pandai sudah ko simpan senikata dusun. ehehee...
    nice lah... ko tngkap gambar sorang2 kah? ehehe.. apa pun.. good lah melancong untuk ketenangan jiwa.. stuju amat...

    BalasPadam
  2. sorang2 ja nen.. melancong kasi tenang fikiran.. dah tau mau pindah... thank nen.. harap jumpa kamu lagi.

    BalasPadam