Khamis, 4 November 2010

Hijau Di Jalil Alip




Assalamualaikum.. salam sejahtera.

31 Oktober 2010.

Perjalanan yang indah dari US ke Jalil Alip Sandakan.. Perancangan awal nak bermalam di Sepilok Resort tapi 'Full House' hari tu. Disebabkan berlakunya pilihanraya Batu Sapi Sandakan maka hotel-hotel di  Sandakan dan sekitar  15 km dari Sandakan juga penuh,  termasuklah kawasan Sepilok Resort , kawasan Orang Utan yang tak boleh mengundi.

Apa yang menarik di Sepilok dan Jalil Alip. seperti dalam TV, macam-macam ada. Tapi kali ni aku lebih tertumpu pada Jalil Alip. Sipilok lain hari kita berkongsi..

Jalil Alip ( nama tuan yang punya tempat ni) lebih kurang 14 batu dari Sandakan. Orang Sabah mengukur jarak perjalan dalam ukuran batu.  Jalil Alip biasanya menerima tetamu terdiri daripada badan-badan kerajaan dan swasta yang ingin menjalankan program baik motivasi ataupun hari keluarga kerana mereka mempunyai blok asrama yang mampu menampung lebih kurang 200 orang tetamu.. Hari tu hanya kami sembilan orang  sahaja tinggal di dalam dorm yang besar. Tiga orang pelancong dari Jerman dua orang dari Bulgaria dua lagi dari Australia dan sorang lagi aku tak tahu dari mana dan aku dari 'sini'.. Bayaran untuk dorm RM 30.00 seorang dengan sarapan pagi.. bilik RM108.00 sebilik

Banyak yang menarik di Jalil Alip ni. Tak pandai aku nak bercerita, tengokla bebarapa keping gambar yang dapat aku abadikan di sini.. Zasssss....

Selamat datang

Apa itu...? 

Amaran pertama...


kalau tak happy.. kena happy jugak ler


Check in dulu.

Dorm.. mmg semula jadi..kayu berlian lg tu..

aku ambil katil dekat ngan pintu..mana tau ...



bahagian anjung

'pondok semi D' pun ada..

dari atas menara tinggi dalam 20 meter ja.

segar mata memandang

hujung sana nun laut..

atap nipah pun dah hilang, tinggal zink aja

luas dan menarik

kalau rasa kulit tebal dan kebal try ler berjemur..

lagi selesa di sini

atau pun di sini

dari anjung tempat berjemur tadi

hutan dara

kita turun bawah jap apa ada di sana.

tasik..berkayak, bersampan, ber..ber.. kecuali berenang.

kolam mancing..

rusa pun ada.

dah nak malam balik dorm dulu




sikit masa lagi gelap ..

menunggu malam..

pagi 1 nov 2010. nak balik dah ni

jumpa lagi.. paganakan...

Kalau yang berminat akan alam sekitar, aku cadangkan ini tempatnya.. pengangkutan disediakan oleh pihak happy Resort untuk ke Sepilok.. free lagi..

Hari ni 4 Nov dan esok 5 nov aku akan  mengembara ke laut biru luas terbentang. Tunggu.....

Akhir sekali Ku abdikan lagu kadazan dusun ini buat isteri tercinta Hazlin yang jauh beribu batu dariku yang betul-betul memahami jiwaku ini... dan untuk tatapan anda semua.. jumpa lagi..

Puguson ku tobuk nu                    (ku belai rambutmu)
Tilibon dilo ribut                            (bersama tiupan angin)
Ngingis nu di toomis                      (senyuman manis mu)
Poinlangad ginawoku                     (membuatkan hati ku sentiasa merinduimu)

Pinintutunan kito                             (perkenalan kita)
Okon koh pinokianu                       (bukan yang dipinta)
Tahak do minamangun                    (telah menjadi suratan takdir )
Milangad id piupusan                      (saling merindui dalam percintaan)

Sunudai oku                                   (beritahu saya)
Rati do piupusan                             (erti percintaan)
Gompio ti tupus toh                         (kita pelihara percintaan kita)
Poinggirot id ginawo                        (tetap dan utuh dalam hati)
Sorohon noh batos toh                     (ingatilah janji kita)
Mamabang ti piginawaan                  (untuk mengharungi percintaan ini)

Tirak nu koupusan                           (tawamu kekasih)
Poinlangad di kasasari                      (sentiasa dirindui)
Okon tih boros noh                          (bukan sekadar ucapan)
Sumili id ginawo id pointopot            (menjadi ketetapan dalam sanubari)


Jumpa lagi......

Ahad, 17 Oktober 2010

Dari Renglet ke Tanah Rata

Assalamualaikum.. salam semua..

Ahad 17.10.2010
Alhamdulillah, anak sihat ibu pun sihat.. jadi aku ambil kesempatan hari ini berbasikal dari Renglet ke Tanah Rata.. Perjalanan cukup cantik, macam biasa kayuh sorang-sorang.. nak kayuh ramai-ramai belum jumpa team lagi kat kampung ni..Pakistan kait sawit adaler.. Pukul 0700 am bertolak dari FGB ke Renglet.. Sampai Renglet dalam pukul 0830am.. Parking kereta kat Petronas, keluarkan basikal dan berkayuh.. sebahagian  foto yang sempat dirakamkan....

dari Tapah simpang ke Cameron Highland

Dah sampai Tanah Rata

Zon 4S?


Stesen Bas..


Tahun 1991,Aku pernah bermalam di Sekolah ni..

Kemana sahaja bersama..

Singgah bergambar dalam perjalan turun

Di Ladang Teh..    

Siap kemas basikal, masuk kereta.. start ... terus jalan.. macam mana aku boleh tak check dulu....


Mana seatpost dan saddle aku... sedih jangan cakap ler.. aku tertinggal kat tempat starting point masa kelam  kabut berkemas nak balik... Esok pagi pederas pi Renglet.. mana tau ada lagi .. kalau tak ada, aku kira sedekah ler.. Ada hikmah tu...Allah yang menetukan segalanya..

Khamis, 7 Oktober 2010

Kurniaan Dari Ilahi.. Tak Ternilai.

Khamis 07.10.2010 (17:13)

Assalamualaikum... syukur kehadrat Allah S.W.T...

Walaupun aku masih lagi di Sabah dan insyaAllah dalam dua jam lagi aku akan 'terbang' ke KL untuk bertemu dengan isteri tercinta, dan anak-anak tersayang serta kaum keluarga yang dirindui...

Alhamdulillah lebih kurang jam 11.48am tadi , isteriku Puan Noor Hazlin Hassan selamat melahirkan bayi perempuan kami (anak perempuan pertama).. Terkilan juga sebab aku tak dapat menemani isteriku seperti mana aku menemaninya semasa beliau melahirkan anak sulungku dahulu... Apa-apa aku cukup bersyukur kerana kedua-dua ibu dan anak selamat..


Adlyn... (MMS dari isteriku)






Ahad, 3 Oktober 2010

Dari US Ke Puncak Kinabalu

Assalamualaikum.. salam semua.
hampir setahun blog kembara ini terbengkala, pelbagai perkara menghalang penerbitan dari masalah internet hinggalah kesibukan kerja. kini aku catatkan satu kembara baru di Puncak Kinabalu.

Jumaat 24.09.2010

Lebih kurang jam 0900 pagi hati aku terdetik untuk mendaki Gunung Kinabalu yang selama ini aku rangcang hari demi hari.. tahun demi tahun..

Lebih kurang jam 11.00 pagi aku buat keputusan ke Kinabalu Park Headquarters, mana tahu ada kekosongan tempat untuk pendakian esok, biasanya untuk pendakian, kita kena membuat tempahan sekuarang-kurangnya tiga bulan. tengoklah mana tahu ada rezeki aku. Kira-kira jam 1330 pm aku sampai di Kinabalu Park di Kundasang.. Alhamdulillah rezeki menyebelahi aku..

Kos untuk pendakian esok RM455.00 tiada lebih tiada kurang. satu pakej lengkap. Bayaran dan selesai, berbekalkan senarai keperluan yang rasanya aku perlu bawa esok, aku berpatah balik ke Pekan Ranau untuk mendapatkan sesuatu. Tapi banyak benda aku tak jumpa kat sana, hatta farmasi pun aku tak jumpa. apa yang aku beli hanyalah coklat, air minuman, bateri, ubat, plastik bag, kacang, rasanya itu aja..

1600 pm: Balik semula ke Kinabalu Park, kemas pakaian dan barang-barang. apa yang aku bawa; baju lengan panjang, seluar panjang, baju T, sarung kaki, tuala muka, seluar pendek, kain sarung, jaket, tuala muka, sandal dan kasut sukan, cukup ler kot, sehari semalam ja..

1700pm : warm-up sikit. kayuh basikal dari Kinabalu Park ke Timpohan. jarak dalam 5km.. tapi mau tercabut lutut, mendaki... rasa lebih kurang berkayuh naik Gunung Jerai jugak ler..


check peta dulu..

rehat sebentar.. rasa mau tercabut kepala lutut..

bersama teman setia.. susah dan senang & senang

Malam aku dinner kat Balsam Cafe, sempat berbual dengan beberapa orang pendaki.. malam tu aku tidur dalam kereta. senang sorang-sorang..

Sabtu 25.09.2010

0500 am : Bangun awal, solat subuh, berdoa agar kembara ini berjalan lancar. Periksa barang-barang kot-kot ada yang tertinggal.. Paling penting beg duit jangan tercicir....

0600 am : Sarapan pagi kat Balsam Cafe. dan ambil tapau lunch untuk makan kat Laban Rata nanti..Rehat sekejap..

0630am: Ke Pejabat Pengurusan permit, ambil pas mendaki dan tunggu malim gunung (guide).. Urusan di kaunter ni mau dekat 40 minit. Ramai  yang nak mendaki pagi ni, dengar-dengar dalam 130 pendaki.. Akhirnya giliran aku mendapat guide pun tiba, En Saiun L. Dia lah akan menjadi kawan aku sepanjang kembara ini...

see my leg.. sepasang kaki yang tegap.. ni baru kaki.. wajahnya nanti...

0720 am : bertolak dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate. lapor diri. dan mulakan langkah dengan Bismillah... tepat jam 0740 am menuju destinasi sejauh 6 km setinggi 3314 meter. Dijangka sampai dalam masa 5 jam..

1050 am : Tiba di Laban Rata. Kami merupakan pendaki pertama yang sampi pada pagi tu.  Perancangan awal, aku akan terus ke Low's Peak petang nanti kalau cuaca mengizinkan. aku sewa sehelai jaket, mana tau pagi esok betul-betul sejuk.

Sekanat datang.. Laban Rata

bergambar dulu..

tunggu untuk dapatkan bilik..

tempat penginapan malam nanti, Laban Rata Resthouse

pintu masuk utama
 14.00am: Cuaca tak mengizikan aku untuk mendaki ke puncak.. hujan petang tu.. so lepak-lepak tunggu makan malam. makan malam jam 1700-1900pm..

tu amoi dari jepun..

Ok dah malam dah.. Jmpa esok pagi selamt malam...

Ahad 26.09.2010
0200am: Bangun awal buat persediaan untuk ke Low's Peak pagi ni. Selepas Supper, tepat jam 0230am aku memulakan pendakian .. aku agak lewat bergerak, dah ramai yang berpusu-pusu  mendaki pagi tu sehinggakan berlaku kesesakan di tangga pertama di Gunting Lagadan. Dengan bantuan Abang Saiun, kami mencelah-celah dikalangan pendaki..

04.30am. Sampai ke Low's Peak (4095 m) aku orang kedua sampai selepas pendaki tempatan dari Ranau.

Alhamdulillah.. syukur..

ni ler guide aku Abang Saiun

bersama pendaki dari Taiwan

cuaca agak berkabus pagi tu, matahari naik pun tak nampak..

0530am : kami bergerak turun ke Laban Rata, cuaca tak berapa bagus, angin  kuat dan berkabus..

laluan semasa pendakian dalam gelam.

tu dia...

di kilometer 7.

keindahan..

ciptaan Allah..

paling bahaya semasa turun, lincin dan angin kuat

kalau tak kuat mental....tak sampai ni..

berkabus...

tempat penginapan Laban Rata.

kesian akak ni tak sampai dia di puncak.. jalan pun di pimpin..

guide aku ni..tunggu abang.. aku turun nanti mau gambar dulu..

salah satu laluan ke puncak.. satu masa nanti aku nak ikut laluan ni.. nampak tak jambatan gantung tu..
 0830am: Lepas sarapan aku berkemas untuk balik semual ke Timpohon Gate... Selamat tinggal Laban Rata

Gambar kenangan..

mula bergerak turun..

sayup mata memandang...
1110am: Alhamdulillah sampai di Timpohon Gate.. sepatutnya boleh awal lagi, tapi aku tak sihat, 1km terakhir aku rasa pening dan perut memulas.. nasib baik samapi juga kalau tidak, tidur dalam hutan ler aku..

1200pm: Berkemas barang, hidupkan kereta, jom balik US.... Insyallah ada rezeki kita ke Puncak Kinabalu lagi...


Sekalung penghargaan buat isteriku Noor Hazlin Hassan yang memahami minat suamimu ini dan memberi sokongan serta dorongan, untuk Adiff dan Adlyn satu masa nanti kita mendaki sama-sama.. ayah sayang kamu.. dan untuk En Saiun L, seorang guide dan sahabat yang bannyak membantu sepanjang pengembaraan ini.. aku cukup megagumi kehidupanmu sebagi seorang Malim Gunung...